Tuesday 30 August 2011

HAPPY EID

ASSALAMUALAIKUM


dah lama tak tulis kat ruangan aku neh, bukan apa, bizi memanjang ! buat kuih raya lagi, lesen lagi, langsir lagi, rendang lagi....huhu, memang tak dan nak jenguk blog...facebook jer sempat wei...tu pon status bukan2, tak der isi... back to the real mission, just wanna wish happy eid to all muslims and have a blessed day, enjoy the precious moment with your family and friends  because we cant be sure that we will breath on the syawal and ramadhan...pergh, english! sorry bukan nak wish kat malaysian jer, tapi wish jugak kat seluruh muslim...we end the remadhan with a good ending and welcoming syawal with a good attitude..dont boros-boros, save your money ok..

as usual, trip beraya ke rumah kawan-kawan belom bermula...tunggu la esok atau raya 4, baru jalan satu hari, dengan itu saiz perut perlu maintain, sebab kandungan makanan akan memenuhi perut kita.. dan aku perlu terima hakikat yang aku takkan dapat duit raya dah, sebab dah tua sob sob sob...anyway, raya tahun ni besa-besa jer, sebab tak semua yang berkumpul, macam biasa pagi tadi pegi tengok tok aku, makan-makan , sekarang rehat...malam neh, member nak mai makan, aku rilek jerk sebab penat, mengantuk, letih...erkkkk letih dan penat tuh sama la woi!! sori.... aku ganti penat tuh dengan perkataan  tak larat...huhu... aku beraya sederhana jerk, tak payah lebih-lebih, ingat orang kat somalia tuh, aku jenis tak heran sangat raya neh, baju aku kalau dapat sepasang pon alhamdullilah, no hal...selagi ok aku pakai., no prob, untung mak bapak aku neh, tak payah beli 2-3 pasang baju raya... yang menyebabkan aku malas neh bukan per, saiz aku takder.... wahaaha, jangan la gelak..serius, pegi la mana-mana pon saiz aku mesti tak der, so aku telah didiskriminasi secara langsung oleh peniaga-peniaga...giler, buat baju uttuk orang saiz model, orang yang comel neh macam mana...ngap tol.! asal aku berkenan jerk, kaler dah cantek, pattern pon memang giler baek..

"bang saiz kecik sket xder ker"...
"sori la dik, saiz adek xder, semua mai saiz sama..adek kena cari custom made neh"... 

hampeh betoi la.... pi semua tempat lahu tuh...aku neh dok berkenan nak beli abaya, haram semua besaq, tapi ada satu kedai kat sp yang jual jubah saiz aku, wa la wei, thumbs up untuk pakcik pakistan...!!!!! dapat la jubah ok, walaupon besa-besa pattern dia...wahaha

sebelom masok edisi berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan, banyak soalan yang akan diajukan oleh kawan-kawan

"wei hang buat pa la neh"
"hang study mana la neh"
"hang mesti ada bf, takkan tak dak kot"
"hang lawa noh la neh" oi neh bukan soalan, pujian la fana oi...  (blushing)
"tak balik kampung ka"
"course pa hang ambek kat u tuh"
"baju raya berapa ringgit"...


perlu ker aku jawab soalan-soalan diatas, ye lar masalahnya ada yang tak relevan..baek aku tulis jawapan dan gantung kat kt leher, kan senang gituh, bukan apa aku malu kot nak habaq.!!!!!!!!  llalala
tak sabaq nak jumpa depa semua, dah bertaub-taun tak jumpa depa..ada yang dah kawen, tunang, dan macam-macam lah...tak lupa jugak pada yang single, ramai...!!!heheh
sampai sini ja la kot aku merapu, ngantok plak... huhu...till here, bye friends, selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin...heheh

Saturday 20 August 2011

TOUCHING PULAK BAPAK AKU NEH


ASSALAMUALAIKUM

Disebabkan tak dak idea nak tulis, aku decide letak doodle je lar yer...harap2 paham ler..hehe... cekidaut even doodle aku tak berapa cantek...huhuhu....


 sampai sini saja..nanti update lagi.hihihi...ayah jangan marah noh!!

wasalam

Friday 19 August 2011

LAWAK TOINK TOINK

ASSALAMUALAIKUM


MEMORI ZAMAN SEKOLAH DULU -DULU

ASSALAMUALAIKUM

tak payah nak tanya menu sahur aku apa hari neh, kompom aku dah makan kekenyangan dan rasanya maveles gler le...  dh hampir hadam pon!! sambil layan lagu maher zain neh aku tetiba teringat zaman sekolah kecik-kecik dulu..cepat betol masa berlalu  rasa macam baru semalam aku masok darjah satu, rasa macam semalam aku tarik tocang budak pompuan kelas ku, rasa macam semalam aku aku bawak bekal pegi sekolah, rasa macam semalam aku ponteng kelas ..erkk ok part ponteng aku tipu, aku pelajar baik. .... //? bukan apa, bila terdengaq bunyi bas amek student tepi jalan, teringat la kenangan-kenangan lalu tuh, for your info, dari darjah satu sampai tingakatan 6 aku naik bas pegi sekolah,..!!! huhuhu...





back to the story, apa yang paling aku miss sekarang pasal sekolah ialah the STALL  OUTSIDE THE SCHOOL... muahahaha.. sambil tunggu-tunggu bas nak balik rumah , the best thing ialah makan-makan..!! wei sekolah aku dulu macam-macam ada kot! duit mak bagi abis kat stall depan sekolah ja kot, kat kantin tak belanja pon. aku rasa the best food to eat after school with your friends is KEROPOK LEKOR.

and then ais krim , whatever the bentuk it is..! after school under the hot sun, we definately need some cold things, and ice cream is the best on the world,,tapi time aku kecik-kecik dulu the best choice ialah ice pop... seposen jer satu

and then cucuk-cucuk goreng, aka nugget, sosej, burger and bla bla bla...

makan tak der air kompom tercekik, air neh senang jerk nak beli, macam-macam ada, harga 50 sen...huhu
aku tau makanan ringan ataupon  jajan ,of coz la kita beli, dulu yang femes amos ialah kopok bika, super ring, twisties haa lagi satu mamee..dan aku paling suka super ring, kalau beli memang kompom 3 bungkus.. sampai oren gigi kalau makan, sedap kot wei...

 bukan setakat makan jerk aku ingat ok, u eat to live..!! hihi.. aku dulu pengawas kt sekolah ,  betapa garangnya aku sampai jadik pengawas yang berdedikasi.
sebagai pengawas yang berdedikasi, memang the power is on me lah.. gler, keje rampas-merampas neh aku expert  dah, hampa sorok la kat mana pon aku bleh hidu ...betapa aku cerdik macam watak CSI..wahaha..mintak maaf la kepada sesiapa yang pernah aku rampas barang hampa.. :) gler kau baju pengawas aku panas kot siap blazer kot...tapi demi tugas aku harungi jugak, tapi after school untuk memudahkan aktiviti makan-makan aku depan sekolah semua tuh aku simpan dalam beg ninja turtle aku...banyak lagi kot benda-benda intersting yang berlaku depan sekolah, yang bleh menggembirakan idop aku...huhu.. till now la, aku nak pegi usha resepi kuih raya la,!! 

ok  wasalam, ditulis semas tak der idea oleh tuan punya blog


Thursday 18 August 2011

MAK SAYA KATA



ASSALAMUALAIKUM

saya tak tau pendapat mak saya neh betol ke tak, tapi ada kebenarannya.. hehe




ntah la , penah ker korang guna ayat neh!!  kalau geng lelaki suka kita sebab fizikal tak syok lah.tapi kalau diorang suka sebab akhlak kita dan kerana ALLAH  barulah syok...  amcam...!!! 

p/s  ala lupa letak riben kat kepala pic no3...sori ...hehehe
:)  wasalam
 

Wednesday 17 August 2011

SIAPAKAH DIA? STILL A MYSTERY

ASSALAMUALAIKUM

selepas mambalon  cucoq  kurma sebanyak yang mungkin, ditambah air kopi panas semasa berbuka, dengan keadaan sejuk sebab hujan lebat kat luaq, aku ada stori nak tulis kat sini.... kisah neh berlaku kat bapak aku dah lama dah, tapi aku nak stori jugak kat sini..tak kira , nak stori jugak.!!  my blog my rules...lol..ok  kisah ni berlaku pada bulan ramadhan, taun aku dah tak ingat sebab dah agak lama dah ler, bukan salah aku kalau memori aku terok, ini semua akibat suka makan kepala ikan plus tak suka makan kismis. huhu...  


ok banyak aku membebel di atas , stori dia macam neh  kalau bulan ramadhan dah menjadi kebiasaan bapak aku nehdia akan tidur di masjid dekat dengan rumah aku untuk qiamulail. Biasalah, kalau tinggal lagi 10 hari nak raya, memang ramai yang akan buat qiamulail kan!! bapak aku plak dia akan pegi dalam pukul 12 macam tuh dengan bawak bantal dengan selimut lah. so as usual dia pegi la macam biasa. masa dia tido kat masjid tuh ,orang tak der. dia jer the only one, mybe awal lgi kot sebab tuh ramai yang tak pegi.  

dalam pukul 2 lebih nak dekat pukul 3 pagi gituh, bapak aku dengar orang mengaji, so dengan keadaan tak der orang lampu dalam masjid tuh bapak aku bukak yang kecik jer sebabnak jimat bil letrik..heheh..  bapak aku terus bangun , dia tengok ada lelaki tengah mengaji pakai baju putih kot tak silap aku. so bapak aku bangkit la pegi bukak lampu, ye lar dia mengaji dalam gelap, tu yang bapak aku bangkit tolong bukak lampu, nak bagi dia clear nampak al-quran tuh, maybe dia tak berani bukak lampu sebab nampak bapak aku tido, tu yang bapak aku pikir. lepas jer bapak aku petik suis lampu, bacaan tuh terhenti, bapak aku heran la, kenapa tetiba berhenti plak.. bapak aku tengok kat tempat lelaki tuh duduk tadi, dia dah tak der..!! bapak aku pon keluar jengok nak tengok lelaki tadi tu dah balik ke? tapi tak nampak sorang pon, bunyi tapak kaki pon tak dengar... bapak aku cakap bulu roma dia dah naek sket!!  then bapak aku pegi balik tido dan teruskan qiamulail dia,, huhu...

then bapak aku balik rumah nak sahur, dia stori la kat aku dengan mak aku...kitorang ternganga dengar... time-time ramadhan neh mana ada hantu, setan semua kena rantai! jadi siapa lelaki tuh???  kitorang pon buat conclusion maybe lelaki tuh jin islam ke, malaikat ke, kita tak tau sebab mereka pon hamba ALLAH yang nak beribadat kepada ALLAH... bapak aku cakap memang dia tak nampak muka lelaki tuh then suara dia memamng sedap!!!! huhu  hanya  ALLAH  tau..



tu jerk nak stori... by the way sudi-sudi la follow and support blogger baru macam saya neh!! huhu sedey plak dah..and aku nak tukar nama blog, bleh ke tak eh??  

wasalam...

Tuesday 16 August 2011

YOU ARE MY ONLY ONE

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi dan selamat berposa untuk sepanjang hari neh.. bila dah bangun tidoq, memandangkan bila berposa tak dak la rutin aku untuk menyediakan sarapan, so aku terus online, mencari ilmu, gosip dan bla bla bla. selsema aku pon dah ok sket dah, sebab dah telan ubat. Pepagi neh tak berapa nak ada idea kreatif lah, adoyai..kamon kamon kamon otak !!! sigh, berderau darah bila baca pasal isu murtad dan hina islam yang semakin berleluasa neh, May ALLAH bless them and put them in the right path. haish ok la berbalik kepada tajuk di atas, apa kebendanya minah neh nak citer, bleh kasi explain dengan jelas... wa la wei, sabaq la sat, aku nak pikiaq, atoq ayat..ingat senang pa! straight to the point, YOU ARE MY ONLY ONE "TAMER HOSNY"..  ha aku dah habaq dah.  kalau orang len suka Lady gagak , Justin Bibir , Britney sepia , sapa lagi ek, ??? ha Yuna, shahir, dan bla bla bla, aku pulak tak minat diorang, aku pilih TAMER HOSNY untuk dijadikan ikon penyanyi kegemaran aku...!!! siapa dia TAMER HOSNY neh? satgi aku tunjuk.... cer tengok kat bawah

  aku tau ramai yang akan kata apa kejadahnya aku stori neh, mai mana neh, awat aku tak kenai pon ..!! (sori atas penggunaan bhasa kedah aku, sebab tak bleh nak buang der...)... dia neh penyanyi feveret aku la kiranya, semua lagu dia bleh aku layan siang malam and nak tambah actually dia neh penyanyi arab..hehe :)

INFO TAMER HOSNY
  • NAMA = TAMER HOSNY ABBAS FARGHALI
  • DOB = 16 0G0S 1977
  • STATUS = SINGLE
  • NEGARA = MESIR
  • ADIK BERADIK = 2 ORANG, BELIAU KEDUA
  • MIX MESIR SYRIA SEBAB MAK DIA SYRIAN
  • GELARAN = PRINCE OF LOVE
Wa la wei kalau setakat orang len nyanyi aku tepok tangan ja kot, tapi kalau aku berpeluang bagi surat kat dia, aku akan tulis "will u marry me" , "will u be my bf" , "i love u" dan bla bla bla, iaitu ayat-ayat yang selalu digunakan anak-anak dara bila nampak Jefri Din masa zaman retro. Tapi kalau dia just bagi salam kat aku pon aku rasa aku bleh pengsan. Aku kureng sket dengan penyanyi Malaysia neh, sebab  sebab sebab sebab sebab sebab sebab ...ada la, takot nanti sentuh sensitiviti sesapa.. ada sebab kenapa aku suka penyanyi hensem dan macho neh!!!

  • sebab dia hensem , hensem , hensem , hensem
  • sebab dia mula dari bawah dan susah .
  • sebab dia funny
  • sebab aku suka lagu arab
  • sebab dia single  ehehehehe
  • sebab dia style gler r
  • serius dia cute

do i look like a slut when i said why i like him!! hahaha

actually dia bukan penyayi saja tapi berlakon jugak beberapa filem dan drama di mesir...kalau pegi mesir cakap pasal dia semua orang kenal la...!!  hheheheh






i know i know  hes gojes kan!! ahahaha,,,  aku paling suka filem Omar wa salma , terbaik la even aku tak paham bahasa arab tapi proses pembelajaran kan.. memandangkan aku suka lagu arab, TAMER HOSNY telah menjadi top singer dalam hati aku..lalalala... kalau nk info lagi google je lah yer, tak larat dah neh...huhu



memandangkan hari ni besday TAMER HOSNY aku nak wish lah...  HAPPY  BIRTHDAY  TAMER, MAY ALLAH BLESS U ALWAYS..KEEP SINGING MARVELOUS SONGS... lalala  bye bye yer

 peace no war ( tu bukan awek dia, penyanyi jugak "alia hosny")....  hehehe... 
wasalam, entri yang tak seberapa telah dipost oleh tuan punya blog, the happiest farhana

farhana = happiest in arabic




Monday 15 August 2011

KOD MAKANAN YANG DIRAGUI MENGANDUNGI LEMAK BABI

ASSALAMUALAIKUM

Pagi isnin yang indah neh aku tak larat nak membebel banyak-banyak dalam blog aku neh, memandangkan aku tak sihat, hidung asyik bersin, dah sekotak tisu terkorban disebabkan masalah kesihatan aku neh... actually aku terpanggil untuk buat entri neh sebab ada yang mencabar aku di facebook. aku malas nak sebut sapa dan di mana page kami berdebat. isunya mengenai makanan halal, ada seorang hamba ALLAH yang post sumthing mengenai senarai makanan yang mengandungi lemak babi so aku backup la dia, memang ada segelintir yang disebut tuh memang  tidak halal pon, tapi ada yang menentang sebab tak puas hati plak. then aku pon disindir dan dicabar sila keluarkan  bukti yang berkaitan. bukan niat aku nak berdebat pon sebab aku bukan JAKIM, so aku rasa sebagai pengguna yang bijak kan, duduk di malaysia, hampa boleh pikiaq sendiri kot, kita memang negara islam tetapi pengeluar makanan di malaysia terdiri dari orang bukan islam, adakah mereka alert dengan penggunaan barangan yang meragukan bagi umat islam, aku cuma post kita sendiri kena alert la, teknologi kan banyak, yang aku bengang sket dengan dia neh sebab asyik menyalahkan pemerintah ! be matured la man, kalau dalam kedai tuh ko dah tau sah2 makanan dia tak halal tapi ko makan jugak tak kan ko nak salahkan tuan punya kedai, come on la man, pemerintah kita banyak keje lain lagi dia nak buat... lantak ko la mamat, aku dah post, kalau ko nak bising suka hati ko.!! aku bukan nak belagak sangat pon tapi aku ahli persatuan pengguna sekolah dulu, so banyak isu dan kajian yang dilakukan persatuan pengguna negeri aku tau la sket-sket.. persatuan yang paling aktif kat Malaysia ialah persatuan pengguna pulau pinang.. banyak sebenarnya benda yang tak halal dan diragui bukan dalam makanan saja, dalam sabun, kosmetik dan bla bla...ok aku cakap banyak dah neh

macam aku cakap dia atas aku tak nak bercakap banyak! penat woi... ADAKAH ANDA SEMUA PASTI MAKANAN YANG ANDA MAKAN 100%  HALAL

aku dengan femli sangat pentingkan benda neh, sebab nak jadi darah daging kita wei... ini antara kod yang aku amek dari hospital, sumber dari kementerian kesihatan malaysia... kalau hampa dok makan jajan, makanan yang dipaket ka , usha-usha la kod neh kat bahagian belakang packaging, takot-takot kita makan benda yang tak elok.kalau bleh elak, kita elakkan...

E100 ,  E110, E120 ,E140, E141, E153, E210, ​E213 ,E214 ,E216 ,E234 ,E252, E270,


E280, E325, E326 ,E327, E337, E422,​ E430, E431, E432, E433, E434, E435,


E436, E440, E470, E471, E472, E473, ​E474, E475, E476, E477, E478, E481,


E482, E483, E491, E492, E493, E494. ​E495, E542, E570, E572, E631, E635, ​E904

sama-sama la kita renungkan dan check yer...tak kan nak harap orang announce , kekadang kita kena jalankan siasatan sendiri, pegi carik maklumat.. :) ok aku dah penat menaip, selamat berposa kepada semua yer....mencari yang halal adalah fardhu ain...

INFO
  • Kolagen daripada banduan yang ditembak mati, uri dan janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik
  • hampir 3000 bahan penambah makanan digunakan dalam makanan, banyak yang diperolehi daripada binatang atau sumber yang meragukan termasuklah - derivatif  rambut manusia ditambah ke dalam roti dan pizza dan pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
  • serbuk plasma darah diperolehi daripada darah dari rumah sembelihan digunakan untuk membuat bebola ikan, burger, daging yang diproses.
  • gelatin dalam banyak makanan bukan produk makanan.
  • DNA babi dalam gelatin ditemui dalam  daging ayam bahagian dada dan gelatin terkandung dalam lain-lain produk berdaging.
  • status makanan yang dipersoalkan di hotel dan restoran.
  • logo halal palsu yang banyak pada produk makanan.
  • banyak logo halal yang berbeza ditemui di pasaran, yang mana satu boleh dipercayai?
  • simulasi pati najis dalam rokok.
  • pinggan mangkuk dari abu tulang.
  • berus daripada bulu babi sementara beg tangan, sarung tangan dari kulit babi.

Saturday 13 August 2011

SIR, OTAK SAYA DAH KARAT



ASSALAMUALAIKUM

Sepanjang aku menjadi penghuni facebook tak penah langsung ada lecturer komen kat status aku , lain la kalau aku wish besday ker, congrates dia ker , diorang komen la balik...tapi kali neh tetiba lecturer komen kat status aku..ape tujuan dia neh..!!  aku neves gler dah kot, tanya member macam mananak jawab soalan lecturer neh...tu lah aku gatal lagi buat status gituh, sah sah negara dia punya hal..!! alahai aku post pasal riots kat london tuh lecturer aku neh orang putih, Dr ADAM TYSON namanya, tapi bebudak neh panggil dia bapak twilight sebab muka dia  sama macam  DR CULLEN  dalam citer  twilight tuh, bapak edward cullen... aku post benda yang elok jer pon bukan nak kutuk Britain ker apa tetiba  dia komen, gler otak aku dah karat maklumlah cuti 3 bulan tak bukak buku, by the way lecturer aku neh dia ajaq paper strategic studies, sem depan baru aku ambek,,huhu...tngok ler kat bawah, terkelu aku.... lagi info lecturer aku neh bininya orang indonesia dan dia sangat fasih berbahasa indonesia....

aku harap hampa bleh baca la kot..aku tak reti nk save menatang neh so capture guna phone camera ja, ...tak terkedu aku..apakah maksudnya, nak test aku ker..nak sindir aku ka...blur blur blur blur...aku nak jawab pon tak tau, jawapan ada dalam otak tapi sebab neves sangat aku nak jawab pon ketaq gler...hahahah.... post aku "hope what is happening in london wont happen in malaysia"... pheuwh ,...!!!  sir sem depan saya masok kelas sir, agak-agak sir kenal saya tak..hehehehe... lecturer aku hensem ok..lalalalala

 





 just for sharing ok.... and it is all  coming out from my frozen brain... tetiba teringat citer zombi kampung pisang...
wasalam

Thursday 11 August 2011

SALAD ... SALAD...SALAD..SALAD

ASSALAMUALAIKUM

entri malam neh nak share resipi salad untuk hampa berbukak posa, sebab senang jer nk buat neh... capai -capai jer bahan-bahan dekat dapoq hampa.. neh kat bawah neh gamabq dia, aku dah makan, dah tercerna dah kot dalam perot aku...  resipi kat bawah okey..
macam yang aku kata la senang ja nk buat, gaul-gaul jer dalam mangkok, then masokkan dalam peti sejuk...bila nak makan, bawak keluar ... sedap makan dengan roti, nasik pon bleh...
THE RECIPE

  • 3 helaian kobis / 3 cabbage leaves (hiris dan rebus sebentar/ cut and boil for 2 minutes)
  • 4 biji tomato / 4 tomatoes (ikut suka / as you like)
  • 2 biji bawang besar / 2 onions (hiris /cut )
  • 4 cili padi / 4 chillies (suka ati jugak / as you like)
  • 4 sudu besar mayonis / 4 tablespoon of mayonise)
  • 4 sudu besar air limau / 4 tablespoon of lime juice
  • ikan bilis goreng / fried achovies (as you like)
  • gula / sugar (secukup rasa )
  • garam /salt (secukup rasa)
semua benda neh  hampa  camporkan , last skali baru masokkan kobis, tomato dengan bawang.  actually jumplah banyak mana  hampa nak letak bahan-bahan tuh suka ati sesedap rasa hampa la...aku suka pedas so salad aku pedas lah, lepas dah gaul masokkan dalam peti sejuk tau bru masyuk, kalau nak lagi best masa nak makan tuh tambah kerepek kentang, contoh "pringles" sedap giler kot...

just mix all the ingredients and  wa lah you can serve it rite all the way.. :-)  try la yer...pembuka selera ala melayu.


 yang nampak macam bintik-bintik hitam tuh cili padi, aku tak guna yang segar, aku guna cili padi yang dikeringkan dan di blender.... paham ke tak , meh aku explain  cilipadi fresh hampa blender and then sangai dalam kuali sampai kering...aku letak dalam oven jer,.. bukan per, kalau untuk budak hostel macam aku neh, time nak makan nasik nak cilipadi, tapi mana nak cekau yang fresh so aku keringkan, letak dalam tupperware . bila nak makan, tabur atas nasik la,...heheh... idea dari member aku neh... aku copy jer idea cili padi tuh..huhu ..
  ok
  selamat mencuba   

Wednesday 10 August 2011

ADAB MAKAN RASULULLAH

ASSALAMUALAIKUM

Aku rasa semua  dah berbuka posa kan , hampa pernah tak amalkan adab makan Rasulullah. aku pon kekadang terlupa pasal tuh...!! hmm  as muslim we should practice what prophet Muhammad do, its sunnah... meh aku stori sket tentang adab makan yang aku baca secara rambang. ok, cuba berdiri, tarik nafas lepas nafas, tarik nafas lepas nafas, goyangkan pinggang, buat stretching sket pastuh duduk balik depan lappy..senaman tadi bertujuan untuk menghadamkan makanan anda yang anda makan semasa berbuka tadi..hehe... lari tajuk plak, hampa pastikan hampa dah solat maghrib sebelum baca atau bukak blog aku neh. 

  • Membaca doa makan "allahuma bariklana fima razaktana waqina azabannar". supaya kita tidak berkongsi makanan dengan syaitan. 
  • Makan cara hamba, baginda duduk dengan merapatkan kedua lututya dengan tapak kaki kanan atas tapak kaki kiri.
  • Baginda tak makan makanan yang sangat panas kerana tidak barakah, seumpama memakan api.
  •  Tidak makan dengan dua anak jari,kerana  makan seperti syaitan.
  • Baginda suka makan kuih faludzaj - campuran minyak samin , tepung gandum , madu (lebih kurang macam halwa maskat kot)
  • Baginda suka roti , mentimun , ruthab (tamar yang belom kering) dicicah dengan garam.
  • Baginda makan anggur dengan pegang tangkainya.
  • Menyukai susu dengan tamar.
  • Menggemari daging, pembekal tenaga.
  • Kurma madinah paling digemari baginda kerana penawar racun dan sihir.
  • Baginda tidak menyukai bawang putih, bawang merah dan daun bawang.
  • Tidak pernah mencela makanan, kalau suka dimakan, kalau tak suka ditinggalkan.
  • Suka menghabiskan sisa makanan dengan jari makanan yang terakhir itu barakah.
  • Menjilat sisa makanan di jari.
  • Membaca doa selesai makan, "alhamdulillah hilazi aththo aa mana wa saqona wajaa lana minal muslimin"
  • Membasuh tangan dan lebihan air disapu di muka. 
  • Minum senafas dan tidak bernafas kedalam bekas minuman semasa minum. (kalau bernafas, karbon dioksida masuk dalam otak, so otak tak cergas lah)
  • Baginda pemalu ketika makan, tidak meminta makan dan minum dari keluarga baginda, tapi baginda bangun dan mengambilnya sendiri. kalau diberi diambil baginda.
marilah kita amalkan kaedah semasa makan oleh baginda.  .. sunnah itu bagus untuk diamalkan memandangkan kita muslimin.....  :-)

Tuesday 9 August 2011

MESSAGE TO MY FUTURE HUSBAND




ASSALAMUALAIKUM

 I write this  entri for my future husband whom i havent met u yet.  saja kasi gempak sket, aku belom jumpa lagi tapi hopefully ada la semua  ciri-ciri ni, dan sangat bersyukur kalau dapat..hehhee (gelak malu).

dear my future husband, in order to be my husband i hope all of these criteria yeah. i havent met u yet, but i know we will meet someday. The precious moment should be like, when i see you i know that you are made for me, and when you see me you will know that i was made for you..wah kelas  gituh , terjiwang la plak aku di sini.. Beware to all readers , i dont have any bad intentions or to insult people and judging people okey..!! firstly  my dear future husband you have to be....

  • a slave to the one and only ALLAH swt and a follower to the prophet muhammad pbuh. you have to guide me after we married. lelaki kan jadi pemimpin keluarga so sesiapa pon yang jadi husband aku kena taat perintah ALLAH dulu okey. sebab aku bukan seorang yang baik sangat pon, so aku nak husband aku pimpin aku untuk jadi lebih baik ... hehe :)
 

    • you have to be a cat lover because i love cats very much, :) lelaki yang sayang kucen neh seorang yang penyayang ikut kajian...huhuhu.. .. prophet muhammad love cats rite...bleh kita bela kucen banyak-banyak  .... hehehhe...


    • you must be able to deal with foods in the kitchen. tak la sampai jadik chef, at least bila aku pantang ka, tak dak kat rumah ka, bleh la husband aku masak sket-sket kat dapoq. tak harap 100% kat bini....hehehe... i like men expert in kitchen..lalala



    • you must be polite, respect my families, respect me, respect all people even they are poor. penting neh, kena pandai hormat orang tua tau,, barulah orang len respec kita balik. penting untuk salam  orang tua bila you jumpa ok... aku respect la hang


    • if you wear songkok its a bonus to me.,hehhee... sweet what looking at guys wearing songkok..lol..susah kot nak jumpa lelaki macam neh, tambah2 yang pakai kain pelikat nak pegi masjid, sweet dowh... :)

    • please dont smoke...i hate smoker..  !! smoking is haram in islam. and i dont wanna die because of the smoke from your cigar... tolong yer, sebab aku tak bleh bau asap rokok, konferm aku akan bersin tak berhenti-henti lah..




    • you have to accept me the way  i are..!!  saya pon accept awak the way you are okey.. tak payah nak hensem-hensem sangat saya still accept awak la yer 



    • i bet this is the most important part lah, i will ask a question and if your answer same with my answer, i will marry you. i want you to describe what is the meaning of love? apa makna cinta kepada hang..kalau sama dengan jawapan aku , dah lulus ujian...hahaha...  and kenapa awak suka kat saya, kalau jawapan sama, konferm awak lah jodoh saya yer.. :)


    ha  itu semua kriteria, or silent message to my future husband okey..hopefully you will come to me as i think about you yeah...hahaha  it is just for fun lol...  rilek le , aku bukan nak prmote sesapa atau diri aku sendiri , saja ja merapu sebelom berbuka posa neh...hehehe  ..aku tak kisah la hang sapa tapi mesti beragama islam, tak kira la hang melayu ka, bangsa laen pon aku tak kisah.. tak payah hensem sangat asalkan sedap mata memandang yang penting boleh membimbing aku dan keluarga insyaallah...  heheh

    beware to all guys out there , someone said that im deep...lol ..kalau nak pegang-pegang saya sebelom nikah, sori lah yer, tak dapat punya.. takot kepada ALLAH ok..    

    ok sampai sini saja, bye bye... adiosa  maa salama .. chow

    Monday 8 August 2011

    RAMADAN ROUTINE

    ASSALAMUALAIKUM

    Pejam celik pejam celik, dah 8 hari kita berposa kan kan..sapa tak posa abaikan ayat saya tadi.. HAPPY RAMADHAN TO ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD YEAH. Ramadah is the best month, to gain pahala and reducing our sins lah ok. sambil mata aku usha laptop, sambil mulut aku bising bersembang dengan mak aku yang kiut, sambil aku usha puding yang ada atas meja makan neh, aku pon taip la entri ni yer.. 
    "hang buat pa tuh depan laptop, asyik mengadap menatang tuh ja"kata mak aku
    "cheq carik resipi kuih raya lah mak" kata  saya..bijak tak aku..haha

    bulan posa neh aku selalu teringat memori berposa dulu-dulu. Aku ambek puding, suap ke dalam mulut seket seket sambil ingat balik kenangan dulu...aku letak piring kat bawah, jari aku garu kepala sebab tabiat orang yang nak berpikir selalu garu kepala...aku tengok dalam buku lagu tuh, tiru ja la.. hish aku garu bukan sebab ada kutu ok.!! lalalala..huh  dapat dah

     setiap orang mesti ada memori posa masa kecik. aku pon ada gak..ingat lagi time tuh aku sekolah rendah, baru nk berjinak-jinak posa penuh la kiranya, aku skolah convent kat sungai petani, sebelah tuh gereja . bila tengok budak-budak non muslim bawak bekal siap ayaq ribena , telan ayaq liur kot aku..  time tuh depan skolah kira heaven la, apek jual aiskrim memang tak cuti, huish ais krim potong dia sedap abih la. ingat lagi bila balik skolah aku pekena ayaq dalam bilik ayaq, aku confess first time neh, mak aku pon tak tau kot. pastuh pi bazar ramadan semua nak beli padahal mak aku masak banyak kat rumah. time kecik -kecik la tuh, bila dah besaq sket, bila posa aku jadi ulaq sawa..asyik terbongkang depan tivi...paling menyampah bila posa ja rancangan memasak penoh kat tivi, sigh tergugat  dowh...semua sedap, mak aku plak dok salin resipi depan tivi.. bila dah jadik student neh, posa kat kampus seronok jugak. Jimat dowh, serius.. aku beli lepat, hang beli bingka pastuh share la...

    bab makanan time posa neh, heaven la..pi ja bazar belambak makanan ada. tapi aku tak suka pi bazar, ramai sangat, parking susah, tak sedap lagi..huhu..sori la yer :) suka masak lagi kot kat rumah dengan mak aku, bising kat dapoq kan syok.. bagi aku la kan kalau bulan posa neh, benda yang wajib ada atas meja ialah  TELUR MASIN aka  salted eggs...  go go teloq masin, aku makan kuning jer,puteh tak makan,, :) lagi apa yer...hmmmmmmmmmm.
     
    ha, kuih-kuih..karipap, puding, donat masa nak bukak posa mesti ada la ..deserts is the best things during ramadhan... sunnah rasulullah , break fast with tamar and sweet things...  after that, going to mosque to perform tarawikh ... back, then eat again.. tepi kekadang aku lobang gak, solat kat rumah ja la. perut penoh nak pi masjid pon tak larat. kalau part sahur...

     
    aku macam brader atas neh la time sahur.. aku lah the paling liat person on earth to bangun sahur.!! NGANTOK, orang yang bertugas membangunkan aku ialah my mother lah. dia terpaksa menjadi wonderwomen time sahur, ingat senang nak gerak aku bangun tido. usaha beliau sampai tahap selimut, bantal, bantal busuk dan cadar aku kena tarik dari katil.huh hebat , love u mum..  memandangkan sahur tu sunnah aku bangun gak la, kekadang minum ayaq segelas pastuh sambung tido, kan sahur tu yang membezakan posa orang islam dengan posa agama lain. :)

    aku dah tak dak benda nak stori neh...halllaaaaaaaa..  idea tak mo mai, sambil lepak tunggu bapak aku balik terawih, baik aku pi sorok puding mak aku masak petang tadi, nanti abih plak ..!! ok aku macam nak blah dah neh..lagi satu masa bulan posa neh yang buat aku sedeh bila tengok budak-budak yang tak abeh skolah, yang abeh skolah dok pegang-pegang laki pompuan kat public, helloo  bhai ramadan kot, respect la sket kan... plus orang tak posa kat nasik kandaq, banyak laki melayu, wei camna la kalau dah kawen nanti, nak jadik pemimpin...!! 


    INGATLAH BULAN RAMADAN BULAN YANG MULIA, MARI LAH KITA KUMPUL AMALAN KITA BERAMAI-RAMAI YER.. BUAT BANYAK-BANYAK IBADAT, KUMPUL PAHALA KURANGKAN DOSA..  LETS GAIN PAHALA 

    OK bye bye...wasalam..