Saturday 5 November 2011

PELACUR MAYA

ASSALAMUALAIKUM


Selepas diperam otak aku beberapa bulan, hari ni aku nak kupas satu isu. pagi giler aku tulis entri, aku tak tido la der. Ok tajuk yang aku nak kupas dalam blog aku neh adalah berkenaan pelacur maya...aku tau ramai akan tanya apa tuh pelacur maya, aku sendiri yang melabelkan, belom dapat hak cipta lagi. dengan lebih tepat lagi isu aku neh berkenaan melacur secara maya.
entri aku kali neh bukan nak menghina sesapa, cuma aku terpanggil untuk tulis pasal dan rasa sangat kecewa dengan  hasil kajian yang aku buat.  sebelom aku post entri neh, sebenarnya aku dah buat kajian selama 4 bulan, kajian atas dasar  ingin tahu saje. ok aku rasa semua orang penah chatting kan, through YM and what so ever. aku jalankan kajian aku dalam 4 bulan lepas, masa aku cuti sem, aku guna YM.. cara aku buat kajian aku guna akaun YM fake, pic fake and so on.

aku masok room malaysia, aku masok KL, PENANG dan so on lah..majoriti yang BUZZ aku adalah lelaki  dan 98%  adalah melayu. apa yang mengecewakan aku adalah semuanya nak chat pasal sex , nak fon sex, webcam sex dan lain-lain lagi. perkara yang buat aku lagi kecewa adalah semuanya muslim. so aku berlakon, aku korek stori dari lelaki-lelaki neh. aku tanya dorang pasal chat yang kurang sihat neh.. dorg pon stori kat aku dan yang aku terkejut dorg stori pasal pelacur maya.. pelacur -pelacur maya neh akan tawarkan perkhidmatan sex , kalau tempat dorg berdekatan, dorg akan bargain harga di YM, kalau jauh, webcam la caranya. lelaki-lelaki neh cerita lagi yang kekadang pelacur maya neh akan on webcam dengan tidak berpakaian dan seolah-olah melakukan hubungan sex secara maya.. yang bezanya cuma tidak bersentuhan saje.

aku rasa masalah neh masalah sosial yang kita kena kawal dan cegah. sebab yang melakukan neh semuanya melayu islam, di mana maruah mereka sebagai orang islam.. bukan saje yang belum berkahwin berperangai sedemikian, ada jugak laki orang, bini orang yang buat benda-benda neh. aku rasa malu sangat sampai aku penah chat dengan non malaysian, dia boleh cakap perempuan-perempuan melayu dekat YM semuanya open. aku mintak maaf la kalau entri aku neh menyinggung perasaan sesapa, aku tulis lepas aku mengkaji dan menilai. sebab tujuan chatting neh untuk cari kawan baru, share knowledge, aku faham kalau kita di amerika, di new zealand ka ,kalau nak chat pasal sex, its fine sebab dorg westerners.. but in malaysia, so shame...!!

p/s: YM untuk kawan-kawan suda.. entri aku lucah ker, sori la nk share pengalamn jer. ingatlah malu itu sebahagian daripada iman.

7 comments:

  1. miss my dady,,, ahahahaha,,, but for sure my dady not include ok,, ahahaha,,,:P

    ReplyDelete
  2. xla..... @didiey normat..bkn ko la...budak2 muda neh

    ReplyDelete
  3. xde la wei,,taw apa ko nk sampaikan,,, isu hangat kn,,, hehehehehe,,

    ReplyDelete
  4. ko ni- hmm sangka ada orang sekepala dgn aku...aku pun buat kajian gak sama mcm ko buat- tp aku buat ikut negara...bg aku Malaysia ni kira ok lagi nak banding dgn India...mat salleh pun x berapa nak chat sgt pasal bnd2 ni- yg paling sadis kan- bila suami org buat macam ni..apa guna ada bini -- DAYUS la jawabnyer :(

    ReplyDelete
  5. x paham nape perlu husbnad org kn....ad bini kot :( too bad

    ReplyDelete