Monday 15 August 2011

KOD MAKANAN YANG DIRAGUI MENGANDUNGI LEMAK BABI

ASSALAMUALAIKUM

Pagi isnin yang indah neh aku tak larat nak membebel banyak-banyak dalam blog aku neh, memandangkan aku tak sihat, hidung asyik bersin, dah sekotak tisu terkorban disebabkan masalah kesihatan aku neh... actually aku terpanggil untuk buat entri neh sebab ada yang mencabar aku di facebook. aku malas nak sebut sapa dan di mana page kami berdebat. isunya mengenai makanan halal, ada seorang hamba ALLAH yang post sumthing mengenai senarai makanan yang mengandungi lemak babi so aku backup la dia, memang ada segelintir yang disebut tuh memang  tidak halal pon, tapi ada yang menentang sebab tak puas hati plak. then aku pon disindir dan dicabar sila keluarkan  bukti yang berkaitan. bukan niat aku nak berdebat pon sebab aku bukan JAKIM, so aku rasa sebagai pengguna yang bijak kan, duduk di malaysia, hampa boleh pikiaq sendiri kot, kita memang negara islam tetapi pengeluar makanan di malaysia terdiri dari orang bukan islam, adakah mereka alert dengan penggunaan barangan yang meragukan bagi umat islam, aku cuma post kita sendiri kena alert la, teknologi kan banyak, yang aku bengang sket dengan dia neh sebab asyik menyalahkan pemerintah ! be matured la man, kalau dalam kedai tuh ko dah tau sah2 makanan dia tak halal tapi ko makan jugak tak kan ko nak salahkan tuan punya kedai, come on la man, pemerintah kita banyak keje lain lagi dia nak buat... lantak ko la mamat, aku dah post, kalau ko nak bising suka hati ko.!! aku bukan nak belagak sangat pon tapi aku ahli persatuan pengguna sekolah dulu, so banyak isu dan kajian yang dilakukan persatuan pengguna negeri aku tau la sket-sket.. persatuan yang paling aktif kat Malaysia ialah persatuan pengguna pulau pinang.. banyak sebenarnya benda yang tak halal dan diragui bukan dalam makanan saja, dalam sabun, kosmetik dan bla bla...ok aku cakap banyak dah neh

macam aku cakap dia atas aku tak nak bercakap banyak! penat woi... ADAKAH ANDA SEMUA PASTI MAKANAN YANG ANDA MAKAN 100%  HALAL

aku dengan femli sangat pentingkan benda neh, sebab nak jadi darah daging kita wei... ini antara kod yang aku amek dari hospital, sumber dari kementerian kesihatan malaysia... kalau hampa dok makan jajan, makanan yang dipaket ka , usha-usha la kod neh kat bahagian belakang packaging, takot-takot kita makan benda yang tak elok.kalau bleh elak, kita elakkan...

E100 ,  E110, E120 ,E140, E141, E153, E210, ​E213 ,E214 ,E216 ,E234 ,E252, E270,


E280, E325, E326 ,E327, E337, E422,​ E430, E431, E432, E433, E434, E435,


E436, E440, E470, E471, E472, E473, ​E474, E475, E476, E477, E478, E481,


E482, E483, E491, E492, E493, E494. ​E495, E542, E570, E572, E631, E635, ​E904

sama-sama la kita renungkan dan check yer...tak kan nak harap orang announce , kekadang kita kena jalankan siasatan sendiri, pegi carik maklumat.. :) ok aku dah penat menaip, selamat berposa kepada semua yer....mencari yang halal adalah fardhu ain...

INFO
  • Kolagen daripada banduan yang ditembak mati, uri dan janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik
  • hampir 3000 bahan penambah makanan digunakan dalam makanan, banyak yang diperolehi daripada binatang atau sumber yang meragukan termasuklah - derivatif  rambut manusia ditambah ke dalam roti dan pizza dan pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
  • serbuk plasma darah diperolehi daripada darah dari rumah sembelihan digunakan untuk membuat bebola ikan, burger, daging yang diproses.
  • gelatin dalam banyak makanan bukan produk makanan.
  • DNA babi dalam gelatin ditemui dalam  daging ayam bahagian dada dan gelatin terkandung dalam lain-lain produk berdaging.
  • status makanan yang dipersoalkan di hotel dan restoran.
  • logo halal palsu yang banyak pada produk makanan.
  • banyak logo halal yang berbeza ditemui di pasaran, yang mana satu boleh dipercayai?
  • simulasi pati najis dalam rokok.
  • pinggan mangkuk dari abu tulang.
  • berus daripada bulu babi sementara beg tangan, sarung tangan dari kulit babi.

No comments:

Post a Comment