Wednesday 10 August 2011

ADAB MAKAN RASULULLAH

ASSALAMUALAIKUM

Aku rasa semua  dah berbuka posa kan , hampa pernah tak amalkan adab makan Rasulullah. aku pon kekadang terlupa pasal tuh...!! hmm  as muslim we should practice what prophet Muhammad do, its sunnah... meh aku stori sket tentang adab makan yang aku baca secara rambang. ok, cuba berdiri, tarik nafas lepas nafas, tarik nafas lepas nafas, goyangkan pinggang, buat stretching sket pastuh duduk balik depan lappy..senaman tadi bertujuan untuk menghadamkan makanan anda yang anda makan semasa berbuka tadi..hehe... lari tajuk plak, hampa pastikan hampa dah solat maghrib sebelum baca atau bukak blog aku neh. 

  • Membaca doa makan "allahuma bariklana fima razaktana waqina azabannar". supaya kita tidak berkongsi makanan dengan syaitan. 
  • Makan cara hamba, baginda duduk dengan merapatkan kedua lututya dengan tapak kaki kanan atas tapak kaki kiri.
  • Baginda tak makan makanan yang sangat panas kerana tidak barakah, seumpama memakan api.
  •  Tidak makan dengan dua anak jari,kerana  makan seperti syaitan.
  • Baginda suka makan kuih faludzaj - campuran minyak samin , tepung gandum , madu (lebih kurang macam halwa maskat kot)
  • Baginda suka roti , mentimun , ruthab (tamar yang belom kering) dicicah dengan garam.
  • Baginda makan anggur dengan pegang tangkainya.
  • Menyukai susu dengan tamar.
  • Menggemari daging, pembekal tenaga.
  • Kurma madinah paling digemari baginda kerana penawar racun dan sihir.
  • Baginda tidak menyukai bawang putih, bawang merah dan daun bawang.
  • Tidak pernah mencela makanan, kalau suka dimakan, kalau tak suka ditinggalkan.
  • Suka menghabiskan sisa makanan dengan jari makanan yang terakhir itu barakah.
  • Menjilat sisa makanan di jari.
  • Membaca doa selesai makan, "alhamdulillah hilazi aththo aa mana wa saqona wajaa lana minal muslimin"
  • Membasuh tangan dan lebihan air disapu di muka. 
  • Minum senafas dan tidak bernafas kedalam bekas minuman semasa minum. (kalau bernafas, karbon dioksida masuk dalam otak, so otak tak cergas lah)
  • Baginda pemalu ketika makan, tidak meminta makan dan minum dari keluarga baginda, tapi baginda bangun dan mengambilnya sendiri. kalau diberi diambil baginda.
marilah kita amalkan kaedah semasa makan oleh baginda.  .. sunnah itu bagus untuk diamalkan memandangkan kita muslimin.....  :-)

No comments:

Post a Comment