Wednesday 17 August 2011

SIAPAKAH DIA? STILL A MYSTERY

ASSALAMUALAIKUM

selepas mambalon  cucoq  kurma sebanyak yang mungkin, ditambah air kopi panas semasa berbuka, dengan keadaan sejuk sebab hujan lebat kat luaq, aku ada stori nak tulis kat sini.... kisah neh berlaku kat bapak aku dah lama dah, tapi aku nak stori jugak kat sini..tak kira , nak stori jugak.!!  my blog my rules...lol..ok  kisah ni berlaku pada bulan ramadhan, taun aku dah tak ingat sebab dah agak lama dah ler, bukan salah aku kalau memori aku terok, ini semua akibat suka makan kepala ikan plus tak suka makan kismis. huhu...  


ok banyak aku membebel di atas , stori dia macam neh  kalau bulan ramadhan dah menjadi kebiasaan bapak aku nehdia akan tidur di masjid dekat dengan rumah aku untuk qiamulail. Biasalah, kalau tinggal lagi 10 hari nak raya, memang ramai yang akan buat qiamulail kan!! bapak aku plak dia akan pegi dalam pukul 12 macam tuh dengan bawak bantal dengan selimut lah. so as usual dia pegi la macam biasa. masa dia tido kat masjid tuh ,orang tak der. dia jer the only one, mybe awal lgi kot sebab tuh ramai yang tak pegi.  

dalam pukul 2 lebih nak dekat pukul 3 pagi gituh, bapak aku dengar orang mengaji, so dengan keadaan tak der orang lampu dalam masjid tuh bapak aku bukak yang kecik jer sebabnak jimat bil letrik..heheh..  bapak aku terus bangun , dia tengok ada lelaki tengah mengaji pakai baju putih kot tak silap aku. so bapak aku bangkit la pegi bukak lampu, ye lar dia mengaji dalam gelap, tu yang bapak aku bangkit tolong bukak lampu, nak bagi dia clear nampak al-quran tuh, maybe dia tak berani bukak lampu sebab nampak bapak aku tido, tu yang bapak aku pikir. lepas jer bapak aku petik suis lampu, bacaan tuh terhenti, bapak aku heran la, kenapa tetiba berhenti plak.. bapak aku tengok kat tempat lelaki tuh duduk tadi, dia dah tak der..!! bapak aku pon keluar jengok nak tengok lelaki tadi tu dah balik ke? tapi tak nampak sorang pon, bunyi tapak kaki pon tak dengar... bapak aku cakap bulu roma dia dah naek sket!!  then bapak aku pegi balik tido dan teruskan qiamulail dia,, huhu...

then bapak aku balik rumah nak sahur, dia stori la kat aku dengan mak aku...kitorang ternganga dengar... time-time ramadhan neh mana ada hantu, setan semua kena rantai! jadi siapa lelaki tuh???  kitorang pon buat conclusion maybe lelaki tuh jin islam ke, malaikat ke, kita tak tau sebab mereka pon hamba ALLAH yang nak beribadat kepada ALLAH... bapak aku cakap memang dia tak nampak muka lelaki tuh then suara dia memamng sedap!!!! huhu  hanya  ALLAH  tau..



tu jerk nak stori... by the way sudi-sudi la follow and support blogger baru macam saya neh!! huhu sedey plak dah..and aku nak tukar nama blog, bleh ke tak eh??  

wasalam...

3 comments:

  1. wah.. best dpt pengalaman mcm tu... =)

    mungkin, itu makhluk2 Allah yg lain... samada Malaikat, Jin2 Islam, ataupun para WaliyAllah ataupun Rijalul-Ghaib yg sama2 turut beribadat di mlm Ramadhan yg Mulia ni... =)

    ReplyDelete
  2. @na _sr maybe la kot..huhu...tpi best la dpt jmpa...bkn semua org bleh jmpa

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...Syukur sebab diberi peluang mengalami peristiwa tu. (^^)v

    ReplyDelete